Perkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
Selesai pada Mac 2025
Mihrab Masjid Kayangan di Brinchang merupakan salah satu rekaan istimewa kami yang mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Kepercayaan dan penghormatan ini menjadi pemangkin semangat kami untuk menghasilkan sebuah karya mihrab yang bukan sahaja indah dari segi visual, tetapi juga penuh nilai simbolik dan ketenangan spiritual.
Bertemakan warna biru dan putih, rekaan ini melambangkan kesucian, keamanan dan ketenangan jiwa—selaras dengan kedudukan masjid ini di kawasan tinggi yang sejuk dan damai. Gabungan warna dan ukiran yang halus menjadikan mihrab ini sebagai titik tumpu yang memancarkan keagungan dan ketenangan dalam ruang solat utama.





