Rekaan mihrab bagi Masjid Jamil Al-Kholidi di Ipoh membawa pendekatan yang seimbang antara estetika moden dan seni bina tradisional Islam. Setiap perincian pada mihrab ini direka dengan penuh ketelitian bagi mencipta suasana ibadah yang lebih tenang, khusyuk dan menyentuh jiwa.
Gabungan elemen ukiran Islamik, kaligrafi suci, serta pencahayaan lembut menjadikan ruang utama masjid ini lebih menyerlah dan hidup. Hasil kerja ini merupakan satu lagi komitmen Art Seven dalam memperindah rumah Allah dengan nilai seni, hormat dan penuh adab.




